semut maroon

Thursday, 6 June 2013

Tokoh Muzik: Kurt Cobain(Nirvana)


              Kurt Donald Cobain atau lebih dikenali dengan Kurt Cobain selaku vokalis dan pemain gitar kumpulan muzik yang ber-genre "Grunge rock" yang dinamakan Nirvana yang berpengaruh suatu ketika dahulu. tidak dapat dinafikan lagi kehebatan lelaki ini dalam dunia muzik sehingga telah mencetuskan fenomena "Grunge" terbesar diseluruh dunia dan menjadi idola/tokoh kepada band-band sekitar akhir 80an.Beliau telah dilahirkan pada 20 Febuari 1967 dan dibesarkan di Amerika.Beliau banyak menghasilkan lagu-lagu yang berunsurkan kemarahan,kebebasan,pemberontakan,kecintaan dan lain-lain seperti yang dimuatkan dalam album mereka yang berjudul ''Nevermind".beberapa tahun kemudian Kurt telah mengahwini "Courtney Love" seorang wanita yang juga terlibat dalam dunia hiburan dan telah mendapatkan seorang anak perempuan yang bernama "Frances Bean Cobain".Kurt juga mempunyai tabiat yang buruk.Beliau dibawah pengaruh dadah jenis "heroin" dan tidak lama selepas itu beliau ditemui mati dirumahnya sendiri di "Seattle".Kematian beliau telah memberikan impak yang sangat besar kepada dunia muzik kerana kematiannya itu adalah disebabkan bunuh diri dan ada sebahagian yang mengatakan beliau dibunuh dan ada yang mengatakan beliau masih hidup dan sedang menikmati kehidupannya diluar sana dan banyak lagi andaian yang lain.Pemergiannya amat amat memberikan kesan yang mendalam kepada 2 ahli kumpulan dan selaku teman-teman rapat beliau."Dave Grohl"(pemain drum) tidak mahu memberikan apa-apa kenyataan terhadap kematian beliau dan telah menubuhkan sebuah band yang bernama "Foo Fighters" yang sehingga kini menggegarkan arus perdana antarabangsa manakala "Krist Novoselic"(pemain bass) telah menjalankan kehidupan sebagai rakyat biasa.Sehingga kini nama beliau menjadi sebutan dan diberikan penghormatan.

No comments:

Post a Comment